L-arabinose
Apa itu L-arabinose?

L-arabinose adalah sejenis gula amil aldehid dan dinamakan setelah pertama kali ditemui di Arab. Walaupun monosakarida senang dijumpai dalam pertumbuhan lain, namun ia biasa digabungkan dengan monosakarida lain. Oleh kerana ia jarang ditumbuhkan dalam bentuk bebas yang berasingan, jadi ia amat sukar diekstrak dari tanamannya.

Sehingga sekarang, hanya sebuah syarikat teknologi di Jepun yang mempunyai teknologi pengekkstrakan yang dipatenkan. Penggunaan larutan asid untuk mengekstrak arabinose dari tongkol jagung dan lobak merah ditambah dengan paten perlindungan alam sekitar dan menjadikannya kos penghasilannya sangat mahal.

Apakah Kesan Fisiologi bagi L-arabinose?
  1. Menghalang penyerapan sukrosa
    L-arabinose yang diekstrak dari kod jagung, gandum dan tanaman lain adalah makanan semulajadi dan bukan gula buatan kimia. Kemanisannya hanya separuh daripada sukrosa dan ia mempunyai kesan penukaran metabolik dan penyekat. L-arabinose dapat menghalang penyerapan gula dan melambatkan kenaikan gula darah setelah diambil. Prinsipnya adalah kerana sukrosa diuraikan menjadi glukosa dan fruktosa oleh invertase yang dikeluarkan oleh usus kecil dan L-arabinose akan diyerap secara invertase sehingga tidak akan terurai dalam usus kecil, tetapi ia dibawa terus ke usus besar.

  2. Mengawal tahap glukosa darah
    Dalam keadaan yang biasa, sukrosa akan dicerna dan diserap ke dalam usus kecil yang mengakibatkan peningkatan kadar glukosa darah. Apabila L-arabinose diambil bersama dengan sukrosa, pencemaan dan penyerapannya ditindas dan akibatnya peningkatan kadar glukosa darah ditekan.

  3. Peningkatan mikroekologi usus
    L-Arabinose membantu aktiviti mikrob usus. Backteria usus yang menghasilkan aid lemak rantai pendek akan mengurangkan pengumpulan lemak badan SCFA (Asid lemak jenuh dengan lima atau kurang atom karbon).

  4. Meningkatkan otot rangka
    Otot rangka memainkan peranan penting dalam manjaga homeostasis glukosa darah. L-arabinose mengatur komposisi serat otot-otot rangka. Serat otot biasa terdiri daripada serah otot merah dan serat otot putih. Serat otot merah terutamanya dibekalkan tenaga dengan kaedah aerobik, dan serat otot putih dibekalkan dengan tenaga dengan kaedah anaerobik. Oleh kerana serat otot putih tidak dapat mengambil lemak, jadi L-arabinose dapat meningkatkan nisbah serat otot merah sehingga membantu menurunkan berat badan. Selain itu, L-arabinose dapat meningkatkan sifat serat otot rangka, kepekaan insulin dan daya tahan insulin. Fungsi insulin membantu untuk memindah glukosa dalam darah ke otot rangka dan seterusnya mengawal tahap gula dalam darah dan komplikasi pesakit diabetes akan bertambah baik secara beransur-ansur.

  5. Meningkatkan ketahanan insulin
    L-arabinose membantu mengurangkan pengeluaran insulin, bermakna insulin yang rendah akan dapat tindak balas glukosa yang serupa di mana boleh dilihat dari kesan kesihatan yang bermanfaat pada populasi yang mengalami masalah dengan peraturan glukosa darah seperti pra-diabetes.

  6. Mencegah alkohol dan melindungi hati
    L-arabinose dapat meningkatkan metabolisme etanol dalam badan, dan seterusnya mencegah alkohol dan melindungi hati. Kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa L-arabinose mempunyai kesan positif terhadap aktiviti alkohol dehidrogenase dan astaldehid dehidrogenase sehingga mendorong metabolisme etanol dalam badan. Selain itu, L-arabinose juga dapat meningkatkan daya tahan insulin pada diabetes hingga taha tertentu dengan menurunkan gula darah dan lipid dan seterusnya mengurangkan pengumpulan glikogen dan lemak eksogen dalam sel hati.

  7. Menghalang pengeluaran lemak dan mengawal berat badan
    L-arabinose menghalang metabolisme dan penyerapan sukrosa, mengawal kadar gula dalam darah dan melambatkan pencernaan sukrosa. Prinsip asasnya adalah untuk mengurangkan penggunaan tenaga badan, mencegah penukaran gula menjadi lemak untuk mengurangkan lemak badan dan akhirnya dapat mengurangkan berat badan.