Barley Green
Apa itu Barli Hijau?

Barli Hijau adalah rumput bijirin hijau yang merupakan sumber pemakanan yang sangat baik untuk haiwan mahupun manusia. Apabila daun barli setinggi 12 hingga 14 inci, ia telah mengandungi semua vitamin, mineral dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Tambahan pula, barli hijau juga mengandungi elemen kesihatan seperti klorofil, antioksidan dan kompound detoksifikasi yang membantu menjaga kesihatan badan.

Kebaikan Barli Hijau

Rumput Barli Hijau mempunyai banyak manfaat terapeutik dan juga dikenali sebagai khasiat lengkap. Gabungan vitamin dan nutrient yang banyak telah menjadi pilihan yang terbaik untuk meningkatkan kesihatan.

Ia mengandungi:
  • Iron
  • Kalsium
  • Enzema
  • Magnesium
  • Phytonutrients
  • 17 Asid Amino
  • Vitamin A, C, E, K dan B Complex
  • Klorofil
  • Protein
  1. Antioksidan yang kuat
    Antioksidan adalah salah satu kompound yang menghalang pengoksidaan. Oksidasi adalah tindak balas kimia yang dapat menghasilkan radikal bebas sehingga menyebabkan reaksi berantai yang boleh merosakkan sel-sel organisma. Barli Hijau memberi pelindungan daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan kepada pencemaran, merokok, dan bahan kimia tertentu.

  2. Meningkatan sistem imun
    Sistem kekenalan tubuh bertindak sebagai penghalang pelindung yang melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit. Ia mengesan antigen dan membantu tubuh mendapatkan imuniti terhadapnya. Sistem kekebalan tubuh menyimpan catatan setiap kuman (mikroba) yang pernah dikalahkannya sehingga dapat mengenali dan memusnahkan mikroba dengan cepat sekiranya kuman itu menyerang semula.

  3. 1. Menyahtoksin badan dengan mengeluarkan air berlebihan
    Detoksifikasi adalah proses penyingkiran bahan toksik dari badan kita. Penggunaan Barli Hijau membolehkan pengeluaran air berlebihan di tubuh badan dan seterusnya membolehkan kita cergas dan baik pada sepanjang hari.

  4. Membantu menurunkan berat badan secara tidak langsung dengan meningkatkan metabolisme
    Metabolisme dijelaskan sebagai kelajuan membakar kalori badan kerana Barli Hijau kaya dengan antioksidan dan membantu detoksifikasi badan yang berkesan dan seterusnya menurunkan berat badan secara tidak langsung.

  5. Menggalakkan kesihatan tulang
    Kesihatan tulang biasa diukur menggunakan “Bone Mineral Density” untuk pengesahan keadaan tulang. Semakin tinggi nilai, maka tulang bekerja dalam keadaan baik. Pengambilan Barli Hijau dapat membantu kita dalam meningkatkan kesihatan tulang.

  6. Meningkatkan kesihatan kulit
    Barli Hijau dapat membantu menghalau dan membunuh kerosakan radikal bebas pada kulit. Pengambilan berterusan membolehkan kulit kita kelihatan lebih bercahaya.

  7. Mengurangkan asid badan berlebihan
    Pengambilan Barli Hijau dapat membantu menyimbangkan kandungan asid berlebihan di tubuh badan dan juga membantu dalam melegakan sensasi terbakar di perut anda.

  8. Membantu dalam kes-kes Hiperlipidemia
    Hyperlipidemia berlaku disebabkan oleh tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan. Ini kerana lemak tambahan terkumpul di dalam darah menyebabkan kadar kolesterol tinggi dalam badan. Oleh itu, pengambilan Barli Hijau dapat memperbaiki keadaan ini secara berkala.