Beta-Glukan
Apakah β-glukan?

β-glukan terdiri daripada polisakarida yang terdiri dapripada glukosa, biasa boleh dijumpai di alam, seperti biijirin, barli, ragi, bakteria, alga, dan jamur. Walaupun β-gluckan terdiri daripada glukosa, tetapi ia adalah sejenis serat yang diekstrak dari alam dalam bentuk bahan aktif. β-glukan diklasifikasikan sebagai serat makanan dan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu larut dan tidak larut. β-glukan jenis larut berfungsi untuk membantu menurunkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung.

Faedah β-glukan
  1. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
    Hasil kajian penyelidik dari saintis telah menunjukkan bahawa β-glukan dapat meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan penyakit dan jangkitan dengan lebih berkesan. Ekstrak β-glukan dari bijirin mempunyai nilai kompound aktif yang lebih tinggi dan tidak dicerna oleh perut tetapi akan diserap secara langsung oleh usus kecil. Makrofag pada sel mukosa dalam usus kecil digabungkan dengan β-glukan dan diaktifkan sehingga melindungi dan meningkatkan sistem kekebalan badan. Pada masa yang sama, ia juga akan memberi isyarat kepada sel imun lain seperti sel B dan sel T untuk melawan bakteria yang masuk ke badan.

  2. Mengatur Tahap Lipid Darah dan Kolesterol
    β-glukan dapat menyerap asid hempedu dan mempromosikan perkumuhan asid hempedu dari tubuh, mendorong penukaran kolesterol menjadi asid hempadu dan menjaga metabolisme kolesterol normal. Tambahan pula, saintis juga mendapati bahawa kesab utama β-glukan boleh mengurangkan jumlah kolesterol dan kolesterol lipoprotein berkepadatan rendah dalam plasma dengan ketara dan akhirnya mencapai tujuan mengatur semula lipid darah.

  3. Mengawal Tahap Gula Darah
    β-glukan dapat melindungi dan memperbaiki sel beta pankreas, meningkatkan persepsi insulin pada tisu periferal, mengurangkan keperluan untuk insulin, meningkatkan glukosa untuk kembali normal serta mengurangkan risiko diabetes jenis kedua. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kawalan gula darah bagi mereka yang menghidap diabetes. Sifat kelikatan β-glukan boleh meningkatkan penghalang mukosa gastrik dan menghalang metabolisme gula. Pada masa yang sama, oat β-glukan juga merangsangkan zat acuan yang berkaitan di limpa, mengatur rembesan insulin, dan mencapai kesan menyimbangkan gula darah.

  4. Meningkatkan Kesihatan Jantung
    Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah di Amerika Syarikat telah meluluskan sijil keselamatan pengambilan makanan bagi β-glukan. Kajian penyelidikan dari menunjukkan bahawa β-glukan dapat meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan kolesterol dan trigliserida dengan berkesan. Oat yang terkandung dalam β-glukan lebih sihat dan berkhasiat daripada bijirin utama yang lain. Salah satu hasil kajian yang dijumpai oleh saintis ialah penuemuan sifat pemurun kolesterol β-glukan oat, terutama untuk sindrom metabolik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan bahawa penyakit kardiovaskular (CVD) adalah penyebab kematian nombor 1 di seluruh dunia dan salah satu faktor penyebabnya ialah kolesterol tinggi. Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa gandum dengan β-glukan dapat disarankan sebagai sebahagia daripada diet yang sihat untuk mengurangkan risiko CVD.