Aphanizomenon Flos-Aquae
Apa itu Aphanizomenon Flos-Aquae?

Aphanizomenon Flos-Aquae adalah Alga hijau-biru yang terdapat di Tasik Klamath di Oregon Selatan. Aphanizomenon Flos-Aquae (AFA) biasanya digunakan dalam suplemen pemakanan kerana tingginya nilai asid lemak, enzim aktif, vitamin, asid amino, mineral, protein, karbohidrat kompleks, dan fitokimia dan secara komersial sebagai makanan tambahan. Alga biru-hijau adalah makanan semula jadi yang terdiri daripada fitokimia, antioksidan, mineral, asid amino, vitamin, enzim, dan nutrien lain. Alga AFA adalah salah satu sebatian antioksidan tertinggi, termasuk karotenoid (beta karoten, likopen, dan lutein), klorofil, dan phycocyanin. Alga AFA adalah makanan tambahan yang sangat baik untuk diet harian bagi mereka yang ingin meningkatkan pengambilan nutrien melalui diet makanan biasa.

Kebaikan Aphanizomenon Flos-Aquae
  1. Mengalakkan tindak balas imun ynag sihat
    Pigmen biru AFA terdiri daripada jumlah phycocyanin yang tinggi dan meningkatkan tindak balas imun yang sihat dengan merangsang tulang sum untuk menghasilkan lebih banyak sel stem. Sel stem adalah bentuk dasar dari semua sel, termasuk sel T, makrofag dan sel lain-lain. AFA yang mengandungi polisakarida unik, nutrien yang menyokong sistem imun yang sihat. Selin itu, ia juga mengandungi Phenylethylamine (PEA), iaitu sejenis nutrien yang dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan.

  2. Memberikan perlindungan antioksidan terhadap radikal bebas
    AFA adalah sejenis antioksidan yang tinggi dan dapat membantu melegakan tekanan oksidatif dengan melepaskan radikal bebas. Kajian penyelidikan telah menunjukkan AFA boleh mencegah kerosakan oksidatif eritrosit dan plasma manusia. Tambahan pula, AFA juga membantu melambatkan penipisan enzima yang bermanfaat terhadap badan. Menurut kajian penyelidikan yang dibuat di Jepun, Alga yang dituai di Tasik Klamath menunjukkan mempunyai aktiviti antioksidan yang signifikan dan menjadi adaptogen yang berkesan, ia sesuai untuk membantu badan manusia menyesuaikan diri dan melindungi dirinya daripada tekanan.

  3. Memberi detoksifikasi badan
    Alga AFA mempunyai kesan detoksifikasi yang sangat tinggi dengan membolehkan badan membuang toksin yang terkumpul. Selain tiu, ia juga memberi manfaat pada otak, mendukung pengurangan kemurungan dan tekanan. AFA terdiri daripada klorofil yang membantu menghasilkan kedua-dua leukosit dan eritrosit, memerangi leukemia, kanser kulit dan hati. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa klorofil dapat membantu membuang badan logam berat seperti kadmium dan markuri, racun perosak dan bahan pencemar industri yang terkumpul di badan manusia. Pigmen hijau adalah fungsi khusus dalam detoksifikasi badan dan ia diikat dengan toksin dan radikal bebas sehingga meneutralkan. AFA berkesan untuk meningkatkan imuniti dan membekalkan tenaga dan stamina ketika bersukan.