Melon - 100% Ekstrak Tembikai Semulajadi

Ekstrak tembikai adalah antioksidan yang kuat dan berkesan, di samping memperbaiki dan mencerakan kulit dengan semulajadi. Masalah kulit seperti jeragat, kedutan, warna kulit yang tidak serata dan kulit kusam boleh diperbaiki melalui ekstrak tembikai secara berkesan.

Kelebihan Ekstrak Tembikai

  1. Meningkatkan Sistem Imuniti
    Ekstrak tembikai terdiri daripada superoksida dismutase (SOD) yang juga dikenali sebagai antioksidan paling berkesan kerana kemampuan enzimatiknya untuk meneutralkan ROS sehingga menjadikannya lebih berharga untuk melawan radikal bebas. Radikal bebas yang dihasilkan oleh badan boleh menyebabkan kerosakan sel dan menambah risiko kanser.

  2. Meningkatkan Tenaga
    Ekstrak tembikai kaya dengan superoksida dismutase (SOD) yang lebih kuat daripada antioksidan yang lain kerana ia mengaktifkan pengeluaran antioksidan sendiri, termasuk katalase dan glutathione peroxidase. Ini juga dapat membantu meningkatkan dan membekalkan tenaga kepada badan.

  3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular (CDV)
    Kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa ekstrak tembikai boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara berkean dengan mengurangkan keradangan vaskular.

  4. Meningkatkan Kesihatan Kulit
    Sifat anti-radang dalam ekstrak tembikai membantu mengurangkan kemerahan kulit apabila kulit yang sihat terdedah kepada sinaran UV. Antioksidan boleh mendorong kulit untuk menghasilkan lappisan baru sel yang kelihatan lebih muda dan sihat. Sel-sel yang dijana semula dapat memjadikan warna kulit anda lebih serata dan kelihatan lebih muda.

  5. Mencegah Penyakit Buah Pinggang Diabetes
    Tahap glukosa yang tinggi boleh menyebabkan tekanan oksidatif meningkat dan seterusnya mendorong perkembangan penyakit buah pinggang diabetes. Namun, Superoksida dismutase dalam ekstrak tembikai berfungsi untuk menyimbangkan tekanan oksidatif dan seterusnya dapat mencegah penyakit buah pinggang diabetes.